Tuesday, June 16, 2020

Succulents

Heyyaaaaaaaaa

Aku suka pokok. Takde la green thumb,tapi aku rasa sejuk je mata tengok pokok2 ni. Jadi aku suka la melayan nursery dengan mak.

So tadi pergi 2 nursery, dekat dengan pasar borong Selangor and Bukit jalil. Yang Bukit jalil Tu first pergi. Harga dia ya rabbi.🙈

So aku dari dulu suka tengok succulents ni. Tapi mak cakap hidup tak lama. Jadi aku pon tak nak la bela dia. Tapi comel la hai.






Tapi macam biasa la,aku tak beli pon succulents ni, lagipun aku tak study lagi macam mana nak bela depa ni.

Jadi apa yang aku beli?
Aku beli pokok serai wangi.
Sebab kalau lalu kat Sunway pyramid tingkat atas tu,aku tak ingat la kedai apa. 
Depa suka buh diffuser flavour serai wangi ni.
Tapi aku rasa tak berbaloi la nak beli sebab mahal aaaaahh.

Jadi kita bela pokok ni,rebus bagi naik bau dia. Pastu minum.🙈

He he

Idok le minum...
Just ambik bau je. Sepokok harga RM 10.90.
Boleh la kan.


Aku suka tanam pokok ulam,tapi semua nya mesti sakit dan K.O.

Frust gak la,tanam pegaga,kesum,ulam raja, semuanya K.O. pokok kesum dah 4 ke 5 Kali tanam,stress aku. Jadi hajat nak tanam Bayam Brazil Tu,Kita simpan la dulu ya.

Okey lah. 


Monday, June 15, 2020

Panjat tebing

Heyyooo

bertahun rasa tak menaip kt sini.

tahun yang menarik.

satu suku tahun terperap dalam rumah.

stamina berkurang. selalu naik turun tangga sekolah sekarang, seminggu sekali je main tangga.

sekarang dah start boleh buat aktiviti luar sikit2, rindu nak memanjat.

Internet macam siput sedut, banyak benda terbantut sebab ni.

excited nk pergi panjat tebing kt eco city. the thing is, kena buat booking.

Since takde kerja untuk july ni, marilah kita pergi serbu hari biasa...

Buat sementara waktu takde kerja ni, marilah kita bersama sama bermain dengan software.

Yosh!