Saturday, March 31, 2018

Nak cepat kaya?



Hi,

Malam tadi mengajar budak2 nak exam PT3,

Baru start dalam 10 minit,abang  student baru balik dari kerja..(part time lepas SPM,kumpul duit la kan,apa lagi.rajin budaknya).

Dia duduk rehat dekat sofa,tak jauh dari meja kami belajar. Aku mula cuba untuk tak pasang telinga..tapi terpasang jugak
🙈...

Aku dengar pasal MSG..aku kata,apa benda la MSG yang dia kata ni,pastu dengar dia sebut pasal Bitcoin..,yang aku faham waktu itu hanyalah ,owh,digital money...pastu aku pon stop pasang telinga...fokus kat budak2 pula..

Balik dari tuition,aku pon cari apa yang dia cerita ni,owh...MSD rupanya..monspace dollar..
Nak tau lebih,silala Google.

Kesimpulan yang aku nak kata ,MSD ni sama macam Bitcoin. Cryptocurrency ..digital money...Duit yang tak boleh guna secara fizikal..Dan berisiko tinggi..depa kata investment..okay.. pendapat masing2..aku ada pendapat aku..

Tapi, tolong check dari segi agama daripada pakar..Jangan fikir duit,nak cepat kaya, dah tak fikir panjang. sila bertanya kepada yang pakar.aku takdak banyak ilmu..zaman sekarang,semua fikir duit..but there's no easy money der...fikir panjang,pastikan dah study ,faham betul2...

Gaya taip mcm bagus je.tak...aku penuh dengan sampah.

K,tata

Thursday, March 1, 2018

Laksa Sarawak

Selama ni tak pernah try makan mee kolok/laksa.

Tapi ntah macam mana, ter cuba dan aku suka!


Aku pernah dengar Dapur Sarawak, jadi kami pon p la try kt seksyen 7 Shah Alam.


Parking mencabar kalau peak hours(lunch & dinner)


Harga standard around 6-7 ringgit.


Aku dah try mee kolok and laksa depa.


okey2 je lah.


Ada lagi satu "Awangku" dekat bukit jelutong.


Itu SEDAP! and closer to our place..parking senang, and SEDAP!


Price for mee kolok is RM6, Laksa RM 10. Laksa only available on Thursday & Friday

ni laksa dari Awangku (Bukit Jelutong)



ni laksa dari Dapur Sarawak

apa ni

biasanya aku diam sebab aku taktau nak respon apa (bodoh mungkin? kurang ilmu pengetahuan?)

Biasanya aku diam sebab respon yang aku dapat adalah yang menyakitkan hati aku.


Jadi, mulalah bermonolog dalaman.


kau boleh reka conversation kau..tapi memang tak berkembang la cerita dia.(macam la selama ni berkembang otak tu)


aku takut aku hilang sabar dan cakap something yang akan sakitkan hati orang balik(which selalu gak berlaku).


Maka, katak bawah tempurung mati kejung sekor2 dia.


this is a crappy blog. malu nak mengaku blog sendiri.


ups, sorry

The Third Letter Cafe

Hi,😝


Ada satu hipster cafe dekat dgn tempat tinggal (area ttdi jaya/bukit jelutong timur) tapi tak bother nak p sebab hipster...?


Tapi ada kawan kata mushroom soup depa sedap, jadi try lah p makan...


Depa tutup pukul 10 malam.bukak ...tak ingat plak.


Jadi apa yang sedap


peanut butter chocolate dia best~! air la tapi kan


Mushroom soup dia banyak...kenyang gila sampai tak abis 😝😝😝


food...hurmmm...ntah, haritu try pasta n bihun, bolelaaa


harga hipster.


Erm...tu je lah


k bye