Haritu... 15 &16 September lepas, nine of us went to Ulu Slim, Perak. Program ini bertujuan untuk melengkapkan program Duke of Edinburgh International Award (DOE). For the first stage, Bronze award within 6 months. Jadi kami cikgu-cikgu ni iring budak-budak ke sini. Untuk jimat kos, kami ambil tiket ETS daripada KL Sentral ke Slim River. Harga tiket RM 23 seorang. Tempoh perjalanan dalam tren, 2 jam.Jadi, tren 8.30 pagi, tempat menunggu kat atas, tapi turun ikut laluan KTM biasa sebab renovation (bila nak siap tak tahu la). Jadi mengheret la bagasi2 kami turun tangga (escalator not functioning), cari coach, dan settle down dalam tu. Dalam 10.20 pagi, kami pon tiba di stesen Slim River. Sedikit kurang best sbb, di stesen tu, kami kena naik jejantas untuk lintas ke seberang rail. Nasib la bawak budak umur 15-16 tahun. Setibanya di stesen, kami tunggu dalam 5-10 minit untuk transportation masuk ke kawasan kampung Ulu Slim. Perjalanan dari stesen ke campsite mengambil masa dalam 30-40 minit. Kalau nak masuk sini, pastikan hari masih cerah, tahap kesabaran memandu anda tinggi serta jangan bawak lowered car. (anda fikir sendiri kenapa).
Bila kami sampai di campsite, terpegun kami dengan kawasan camp,(bersih dan indah wa cakap lu). Kalau korang nak cari, boleh taip, D'Tibang campsite & chalet. Campsite betul2 tepi sungai, kami prefer camping lagi daripada chalet. Kebetulan waktu sampai tu, ada group tengah buat water rafting , jadi kami nampak la macam mana depa buat. Lepaih tu, mula la budak2 setup kemah (termasuk kemah cikgu 😝). Nah few picture..
Dalam pukul 3.30 kami gather untuk jungle ke Lata Manik. Memang lepas gian memanjat la.. last panjat gunung Baling, Kedah bulan 3 haritu. Maka, bermula la kami, terlupa kejap kata aku ni cikgu kena make sure budak2 okay (dan push depa). Jadi, at first, depa kata, kita naik 4 wheel drive atau lori..tapi lepas 5 minit gitu, lori tak larat naik bukit, maka kami pon menapak..time ni dah nampak ada budak sorang ni macam nak give up dah.. aku push jugak (nasib naik tak jadi apa). Then korang akan masuk perkampungan orang asli. Anjing ada, tapi jangan buat kalut la. Nanti korang akan gather before masuk hutan. Was it nice. Hell yeah.damn nice. Budak2 kampung tu akan berlari potong korang biarpun menonggek la korang jalan masuk mula2 tu. Perjalanan ke Lata manik dalam 5km. As long as korang slow & steady, insyaAllah boleh punya. Pakaian elok sikit kalau taknak kena sedut dengan pacat. Setalah 40-50 minutes (pace slow)..maka...kami pon sampai...
Dah kalau nama air terjun, mesti ada aktiviti terjun dan mandi kan, tapi sebab taknak basah kasut punya pasal, aku sanggup tunggu atas dan record video orang terjun.
Kitorang spent masa dalam 1 jam, then kami pon pulang, masa tu dah agak lewat, 5.30 petang. Sampai camp, bersiap dan rehat menunggu BBQ. Budak2 ni bercampire tepi sungai dengan marshmellow depa..
Dalam pukul 10.30, kami berdua pon masuk kemah dan zzzzzzz. Budak2 ni dok main apa pon tak tau lah.Kami penat dan simpan tenaga untuk Ahad. Meriah sebab ada group brader2 bikers berkaraoke tepi sungai tu. Takdak la sunyi sangat.
Rezeki kami sebab tak hujan cuma gerimis kejap ja, kemah semua all new, jadi takdak la bocoq ka apa.
Keesokan hari, bangun awal sebab taknak berebut toilet best, budak2 kena masak, jadi depa masak roti with egg. Kami cikgu tunggu diserve ja.
So, at 10.30 kami gerak ke tempat permulaan water rafting,boleh jalan kaki ja,or naik lori. Sampai kat sana, barang kemas or anything yang possible tertanggal masa rafting, better tanggal and simpan dalam beg. For those whose wearing glasses, they will tie the glasses with a string. Macam atok2 pakai, boleh gantung glasses tu kt leher. Purpose? tak hanyut la cermin mata hampa.
nak tengok gambar masa kitorg water rafting?
No comments:
Post a Comment